Selasa, 11 Mei 2021

Bukit Botak : Hiking Lepas PKP 2.0

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum w.b.t..

Bertemu lagi kita ya.. Ingatkan nak sambung tulis lagi 3 tahun hahahaha :) Jadi harini, aku nak kongsi pengalaman aku hiking Bukit Botak, 7/3/2021, betul-betul lepas pengunguman PKP 2.0 terlerai. Bukit ni terletak di Puncak Alam, Selangor. Dekat je dengan aku. Tapi tulah, dekat2 pun baru laa ni jejak kaki :D Aku gerak dari rumah, nak sampaikan kesini dalam 45 minit macam tu. Boleh la dekat sbb lalu jalan dalam, jalan Bukit Kucing tu. Aku gerak awal pagi, dalam pukul 7 camtu. Elok je sampai kat kaki bukit, boleh pulak hujan. Lebat juga. Lama gak terdiam dalam kereta, nak tunggu yg lain sampai plus hujan berhenti. Ohh, lupa nak cakap yg aku tak naik sorang, ada lagi 3 orang. Hajar, Shima (adik ipar Hajar) dan Faiz. 

Kami start panjat dalam pukul 8.00 macam tu. Boleh Tahan la nak naiknya, mencanak tinggi. Tapi mula-mula jer. Oklah, semua naik tinggi sebenarnya tapi boleh lahhh tak tinggi sangat mcm Bukit Broga. Disebabkan aku ni makhluk Tuhan yg comel jadi aku banyak kali berhenti mintak nyawa haha Nasiblah mereka ni jenis sabar jer, tunggu la aku ni haa asyik berhenti. Tapi sebenarnya masa naik tu banyak borak, banyak gelak dengan si Hajar & Shima. Melawak je dua org tu :D Kena pulak dengan aku ni sama masuk air haha

Naik punya naik, sampai tempat tinggi, naik terusss pastu berhenti. Asal jumpa tempat cantik je mesti berhenti. Tapi kan. Banyak tempat menarik tau kat atas Bukit Botak ni. Maksud menarik tu, tempat cantik, view dia. Nak pulak lepas hujan kan, langit tu mendung je lepastu ada kabus. Memang cantik. Tipulah kalau hiking view tak cantik, ye tak?


First point, view lalang dengan pencawang elektrik.
Cantik sini. Boleh pulak tak ambik gambar view, gambar aku je yg banyak hahahaha


Dekat belakang aku tu, ada satu laluan turun ke bawah, laluan tu terus menuju ke Pokok Viral. Pokok viral tu besar, macam pokok beringin pun ada. Yg peliknya dia satu je kat situ, takde pokok besar lain. Kalau nak kesitu kena turun curam sikit. Tinggi juga jauh ke bawah. Aku balik tu ingat nak singgah, ah tak larat sbb turun senang, nak naik tu peh takpelah hahaha :)

Tak jauh dari first point, dalam 30 minit mendaki macam tu, sampai la kat puncak pertama Bukit Botak. Tak tahu la berapa banyak puncak Bukit Botak ni, tp yg pasti ini bukan yg betul2 puncak haha. Berbaloi ya kau mendaki 50 minit, dapat tengok view mcm ni. Langit Cerah mendung berkabus. Sejuk. Terasa lepas lelah mendaki tadi. Tapi nak sampai kesini, ada satu tempat tu kau kena panjat pakai tali. Jenuh beb. aku pulak comel, memang ambik masa haha. Ok, aku nak tunjuk view.



View pagi dari Bukit Botak




Peace :)



With my partner in crime. Always..



Hajar, Shima, Lily



Paling kuat melayan. Nampak je senyap tapi tulah melayan jer kami ni :)



Terkulat-kulat aku nak duduk atas batu tu, tinggi jugaklah.
But hey, look at the back view!


Dalam 20 minit kat sini, kami teruskan perjalanan. Naik lagi! Aku ni dalam semput asyik berhentinya, tapi berusaha nak naik jugak. Sebab aku tahu, mungkin ini kali pertama dan boleh jadi kali terakhir aku naik Bukit Botak. Jadi, aku kena teruskan, demi pengalaman dan juga content blog aku :D Tak jauh dari puncak pertama, kita akan jumpa satu kawasan yang penuh dengan batuan bukit. Curam juga nak naik dan turun. Batu saja, jadi nak naik tu memang kena panjat dan pegang batu. View kat sini pun boleh tahan. Cantik. Nampak ladang kelapa sawit kat bawah. Jap aku belanja gambar.



Ladang Elaeis guineensis penuh dibawah.
Matahari dah naik tapi langit masih berkabus.


Kami ambik angin kejap kat sini, bergambar bagai, lepastu teruskan perjalanan. Naik lagi.. Hahaha aku dah macam aduhh tp ikut juga :D Dah naik tu dalam 20 minit, akhirnya jumpa jugak puncak sebenar bukit botak. Puncak dia penuh pokok, tak nampa view sangat. Tapi sejuk! Macam biasalah dah sampai tu bergambar lagi. Wajib. Hahaha



Takde gambar, boomerang je ada haha 


Dah sampai puncak ni, kita rehat lagi. Rehat jap, topup sikit air dalam badan lepatu kami pun teruskan lagi perjalanan. Nak pergi ke area bukit lagi satu. Sepanjang perjalanan nak ke bukit lagi satu tu, ada berjumpa dengan satu pokok ni, tak tahu la pulak pokok ni ada nama tapi terdengar akak hiker tu, nama pokok ni pokok sotong :D Tapi kenapa ia digelar pokok sotong?



Mungkin sebab rupa pokok ni macam sotong.
Dia punya akar banir dan dahan tu bercabang banyak seakan sotong.

Info: Kalau tersesat dalam hutan, jumpa pokok macam ni, ketuk pada bahagian banir tu dengan kayu. Nanti ia akan mengeluarkan bunyi yg kuat, mampu memberi isyarat kepada org yg mencari kita.

Tak jauh dari pokok sotong ni, ada laluan untuk ke bukit lagi satu tu. Tapi sampai je kat hujung, laluan tu tertutup dengan pokok tumbang. Rupanya bukit tu sudah di tarah dengan peneroka. Tak pasti sama ada peneroka legal atau tidak. Tapi memang botak kawasan tu. Pokok takde, tanah merah saja. Berharap sangat pihak berkuasa tempatan dapat mengurangkan penerokaan bukit bukau atas tujuan perniagaan. Kita juga perlu menjaga alam sekitar serta habitat bagi haiwan liar lain agar tidak terlepas masuk ke kawasan penduduk sekitar.

Sudah macam apa aku membebel macam wartawan tulis berita hahaha.. Aku tahu kebanyakkan gambar penuh muka aku je haha tapi tulah. aku tak pegang phone sangat. Boleh cakap 90% gambar semua dari phone Shima. Phone dia cantik sangat cameranya hahaha :D Okaylahhh cukuplah entry kali ni, kalau boleh nak tulis panjang lagi tp aku pun tulis dalam office hehe takpelah kita sambung nanti yaa. Maybe next entry nak cerita pengalaman main atv di Kemensah. Ok byeeeee <3







Khamis, 4 Februari 2021

SUNGAI GABAI : Trip 1 Hari sebelum PKP 2.0

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum w.b.t..

Bertemu lagi kita dalam blog yang berhabuk ni. Last update 2016. Bukan takde cerita nak tulis, ada je tapi tulah.. Hahaha alasan, alasan... :D

Jadi, untuk entry kali ni aku nak kongsi pengalaman pertama kali aku datang, menjejakkan kaki di Air Terjun Sungai Gabai yang terletak di Hulu Langat, Selangor. Gigih ya aku nak kesini. Awal pagi 10 Januari 2021 lepas subuh dah gerak dari Tanjong Karang, kemudian letak kereta di Shah Alam. Nasib baik sampai Shah Alam ada yg sudi kutip hamba hehe.. Dari Shah Alam ke Sungai Gabai dalam sejam lebih macam tu. Kami sampai disana dalam pukul 10 pagi. Alasan nanti ramai. Sebabtu gigih ya lepas subuh dah keluar rumah haha. Tapi betul pun, masa sampai sana tak banyak lagi kereta di tempat parkir, orang pun tak ramai. Tapi bila naik atas, penuh ya tuan2 hahaha Jadi aku sarankan kalau nak cop tempat sila lah datang awal pagi. Tempat ni antara sungai popular dikunjungi di Selangor.

Masa sampai sana, memang puas hati lah tempatnya bersih sangat. Memang terjaga tempatnya. Bayaran parking pun tak mahal dalam RM1 satu kereta dan RM1 untuk seorang. Tak silap laa.. Tak ingat tapi memang tak mahal la cerita dia. 


Pintu gerbang Sungai Gabai. Lepas je pintu gerbang ni belok kanan,
terus jumpa tempat letak kereta.

Masa sampai sini, ingatkan paling last sampai rupanya paling awal hahaha. Beriya suruh kawan tu drive cepat-cepat sbb ingat jauh kan, takut lambat sampai. Sampai sesat 2 kali lah siap masuk KL pagi-pagi haha. Sepanjang jalan nak ke sini akan lalu mcm pekan-kampung macam tu, suasana tenang lah sebab kampung kan? Lepastu sejuk jerr rupanya sepanjang laluan tu bukit lahh kan.. Best betul la sini kalau duduk sini mahu hari-hari mandi sungai aku ni hahahaha

Okay, selesai je semua ada kat parkir tu, kami pun teruskan misi nak sampai tempat water slides tu sebab sebelum pergi sini kami dah buat reviews sikit. Tengok macam seronok jer boleh main gelongsor natural kan? Tapiiiii... MashaAllah... Tangga Sg Gabai ni tinggi yakmat lah kannn?? Aku ni dah la badak air nak naik tangga tinggi2 pagi2 tu aku mengucap dulu kat bawah hahaha Banyak kali gak la aku berhenti, ambik nyawa :D Tapi alhamdulillah aku sampai gak ya kat atas, kat tempat slides tu.. Si Amir & Wawa cheers aku la kan bila sampai atas :)) Faiz turun bawah balik teman Chen naik tangga :D


Suasana atas kat area tempat slides tu tapi dah ramai orang dah siap BBQ lagi.

So, kami decided nak naik atas lagi. Tempat yang ada kolam dalam. Amir, Wawa & Faiz gerak dulu. Aku dgn Chen duduk jap kat pondok tu, ambik nyawa kali kedua :D Tak lama lepastu kami pun naik gak tempat kolam tu, memang best laa Gabai ni. Kolam pun dalam, rasanya dalam 9-10 kaki mcm tu. Dia macam lagi nak ke tempat air terjun jatuh tu makin dalam. Nasib lah aku pandai berenang tu pun jenuh gak lah nak terapung. 


Ini view dari atas, tempat kolam tu. Nampak tak kat bawah yang ramai2 tu?
tu lah tempat ada water slides tu tapi ramai, jadi kami naik atas.

Sejujurnya, aku tak sempat nak ambik gambar views Sg Gabai ni.. Entah apa yang aku buat, tapi banyak gambar masa mandi jer. Sorry kalau takde view nak tunjuk tapi ikhlas dari hati, sepanjang perjalanan nak naik atas tu, memang breathtaking.. Views dia cantik sangat <3 Takpe aku cuba ya..


Selfie sikit :)) Tapi nampak tak view belakang tu?
Tulah view sepanjang nak ke kolam paling atas tu. 
Btw, ni aku selfie atas batang pokok tumbang yg besaq. So, kalau nak ke kolam korang akan jumpa dulu pokok tumbang ni.



Okay ada pun video view dari atas pokok tumbang hahahaha
So, kat bawah tu lah tempat water slides tu.


Sedikit Boomerang untuk view dari dalam kolam dalam di atas haha
Kat kolam atas ni air terjun di tak tinggi sangat tapi dalam yaa..


Lepas mandi lapaq gilaaa..
Sebelum gerak tu sempat beli nasi lemak. Jauh berjalan nasi lemak ni dari Tanjong Karang haha



Nampak tak? Dalam ke tak dalam kolam tu Faiz siap boleh buat back flip.


Sejuk sangat airnya, Chen duduk atas batu jer.
Oh, sini pun angin kuat yaa. Sejuk giler angin pun. Kami menggigilzz



Wawa ni tinggi yaa tapi tengok dia dalam kolam tu takat mana airnya.
Ehh nak tayang tocang kita ikat ke tuu hahaha



Paling aktif yaa si Amir ni. Penat nak layan gila dia..



Cubaan nak jadi cantik masa menyelam, tapi failed haha



Kami berlima je yg sempat ada kali ni. Yang lain-lain ada hal.
It's okay, lain kali kita jumpa kita mandi sungai lagi yaa?



Siapa sangka kenal dah 8 tahun ni. Sejak diploma :)



Balik dari Gabai terus ke IOI City Mall Putrajaya. Datang sini ingat ada escape room. Hampeh kena tipuuu so kami main la bowling sajaa.. Aku kalah teruk hahahaha


Wawa pesan lepasni kalau nak jumpa jangan awal tahun hahaha sebabnya tahun lepas bulan 2 pergi short trip Janda Baik. Balik JB tu terus PKP 1.0. Ni tahun ni jumpa juga awal tahun, mandi sungai juga. Seminggu kemudian PKP 2.0. Allahu... apalah nasib kami ni pun hahaha..

Btw, ada lagi ramai geng kami ni tapi tak sempat nak jumpa. Ada yang dah tak jumpa dah lama sejak September 2020, rasanyalah. Ni semua sebab Covid-19 yang urghhhhhhhh :((( Harapnya lepas habis semua benda ni, atleast lepas PKP dan boleh rentas daerah & negeri boleh dah nak lepak. Dalam Selangor pun okay dah toksah jauh2 haha. Nasib lah semua pun org Selangor jer, daerah je jauh2 tp boleh maaf lagi hahaha

Oh tak lupa juga, kalau nak review lengkap pasal Sungai Gabai ni, boleh tekan link YouTube di bawah:

1) Video dari kami sendiri
https://www.youtube.com/watch?v=VGe_JxXZwB0

2) Video dari Youtuber AdamnHarmain
https://www.youtube.com/watch?v=h6BufhXDdhQ&t=113s

3) Video dari Youtuber Jesse St Louis
https://www.youtube.com/watch?v=3MoW1fZ7D7U&t=92s



Sekian saja dari kami. Balik bowling makan lagi sebelum pulang ke sarang.
Faiz ada tapi tak masuk hahaha sorryyyyy :3


Okaylah. Tu jelah contents untuk entry kali ni. Harap membantu la serba sedikit. Next entry rasanya nak review pasal short trip di Janda Baik. Harap tak langkau bertahun-tahun lah hahaha Okaylah wassalam...

Follow me at Instagram : @norliliyanazainon

Bukit Botak : Hiking Lepas PKP 2.0

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum w.b.t.. Bertemu lagi kita ya.. Ingatkan nak sambung tulis lagi 3 tahun hahahaha :) Jadi harini, a...