Assalamualaikum w.r.t
Akhirnya dah habis satu sem dalam diploma yg aku ambil ni. Fuhhhhh~~
Diploma Pengurusan Ladang UiTM Kampus Jengka
Seriously course yang enjoy. Hmm.. not??? Seriously??
Apa kata baca ni dulu...
Korg mesti nak tau kan apa DPIM ni kan?? Okeylahh,, Aku mampu terangkan sikit2 je sbb belum pun habis sebenarnya. Hehehehe !!
DPIM ni sbnrnya satu kos yang ada dalam UiTM. Dibawah Faculty Of Planting And Agrotechnology.
Haaa.. Hambek kau. Hahaha. Dalam fakulti ni hanya ada dua kos je iaitu program diploma dan program degree. Dua tu je yeaa.. Dulu DPIM bawah fakulti Sains Gunaan. Tp sejak bila aku tak tau, ia berdiri sendiri dengan membina fakulti sendiri. Tahniah.! HIDUP DPIM !!
Kenapa aku ambil DPIM ni?? Sbb kakak aku yg syorkan.. Dia org pertanian, so dia syor kan aku pilih kos yg berkaitan dgn pertanian. Yalah, betul jugak kata dia. Sbb bidang pertanian ni kan luas. Lepas habis degree ni memcm kau boleh pilih utk sambung degree. Tak mcm kos lain. Ehemmm.. *batuk*
Nak tau mcm mana kehidupan budak DPIM.. Japp budak DPIM??? ececehhh bajet hot lahh?? Hahaha.. Takkk. Nanti bebudak lain panggil kau BUDAK LADANG je. Tak yah nak demand sangat. Hahaha. Tradisi woii. Lekat lah nama tu sampai kau mampus.
Okelah. Kalau sem 1 kau belajar Math, Biologi of Plant, Agama Islam, English, dan paling best Chemistry.
Alahh.. Basic je Semua tu. Inshaa Allah kalau ada minat yg mendalam, boleh bawak punya.. Kalau aku boleh, why not you?! Sem 2, kau akan belajar ICT sikit, Biologi of plant (sampai sem 3), Landskap. dan so on. Sem3 tak silap aku kau belajar Account. Sem 4 akan belajar pasal enjin. Dan sem 5 ENT. Sem 6 kau akan practical. How?? Sekejap je tup-tup dah sem 6. huahuahuaa!!
Okelah aku nak cerita kehidupan sem 1. Ohh, lupa nak ckp yang sem satu aku kat Kampus Jengka. Kampus Khazanah Alam. Knp nama dia cemtu??? Sebab Kampus ni dlm Felda, tgh2 ladang sawit. Masa mula masuk rasa down sgt sbb nothing here. Just Bandar Jengka tu je. But still okay. Boleh je hidup lagi. Hahaha..
Okelah.. Dari hari isnin sampai hari khamis kau akan ada kelas/kuliah mcm biasa. Kelas pun okay. Semua air-cond belaka. Jgn risau. Tp azabnya bila kau nak ke kelas tulah, sbb blok kuliah semua jauh2, tinggi2, dan atas bukit belaka. Padan muka aku. Padan muka kau jugak kalau kau dapat Jengka. Hahaha..
TAPI hari Jumaat kau akan ada outdoor class. Yeahh.. Kelas kau kat ladang. Ladang bhaiii.. Seronoknya ladang.Okelah. Setia hari jumaat akan ada roll call pagi2 buta. Dalam jam 6 pagi tu dah nak kena ada kat ladang. (jgn risau Subuh kat Jengka awal) *ni kat Jengka tau, kalau dapat Pilah nasib lah kau. Lagi awal.* Roll call biasanya dgr ucapan org atasan ke, nyanyi lagu Planters, then kdg2 ada baca yassin sikit. Yalah, hidup pun nak keberkatan jugakkan? Kalau kena marah ke, kena maki hamun dgn senior ke, tu perkara normal. Serious, setakat kena maki hamun tu perkara kicik. Banyak lagi yg kau nak sakit hati. Hehehehe,..
So, korg akan gerak ke ladang dlm keadaan gelap gelita. Dulu kitorg guna jalan jauh. Tp kalau nak pergi ladang cepat, lalu jln pintas. Iaitu pintas padang bola, then naik bukit sikit. Baru nampak pintu masuk nak ke ladang je. Belum lagi nak ke SHARE FARM. Lupa nak bagi tau yg korg tanam2 tu nanti kat share farm.
Sem satu ni dia berat sikit sbb kau aka kerja keras sikit. Cangkul batas, buat batas. Jaga tanaman. Siram tiap petang. Tp bagi aku tu semua enjoy. Tak tahulah org lain. Dia kan nak rasa enjoy dlm buat sesuatu perkara tu, kita kena IKHLAS. Tu je, inshaa Allah boleh 'masuk' punya.
Aku rasa setiap sem STRESS. Jgn risau. Setakat clash jadual ke, clash test or quiz ke. Tu normal. Tu yg akan buat korang rasa STRESS. Hahaha!! *gelak jahat* Hurmm,,, apa lagi ehh?? Ohh yeaa!! Kalau korg dapat Kompleks, mmg best. Sbb bilik besar, Selesa lah. Tp nasib lah sbb jauh sikit dgn kelas. Nak buat mcm mana. Lumrah student. Hahaha!!
Disebabkan Bandar dekat, just naik je van putih bayar RM1. Balik pun sama, tunggu kat Jengka Sentral tu, nampak van UiTM, naik lah. Pastu ckp nak turun mana. Kalau korg naik van kuning sampai jugak UiTM, tp sampai gate depan tu je. Lainnya kau jalan kaki. huahuahuaa. Kat dlm UITM tu ada pasar setiap Hari RABU petang. Dan Pasar Bandar Jengka setiap Sabtu Malam. Ingat tuu.. Barang standart, barang pasar. Harga berpatutan. Okelahh.. Kalau korg pilih Kos Ladang tu aku syorkan kau makan nasi setiap hari. Sbb kau perlukan tenaga. Dengan nak pergi kelas lagi, dengan nak pergi ladang lagii setiap petang. Aku yakin kau setiap tgh malam start lapar. Msti punya. kihkihkihh.
okaylah, ni aku nak tunjuk gambar. Tp kalau nak tengok gambar sebelum2 ni pun boleh kat dlm title AT1101D tu..
Okay, ni masa mula2 nak menggembur batas. Tanah besar2 belaka
Operasi menggembur
Make sure pakai boot dan glove. Dan pakai jeans. Masa ni aku takde jeans lagi.
Batas-batas kesayangan :)
Sebahagian budak kelas :)
Lab Chemistry
Lab AGR
okay ni pic depan pintu pagar ladang. Sorry tak nampak gatenya. Hahaha
Atas bukit!!! Jyeahhh!!!
depan bukit tu ada tempat latihan rempuh halangan. So kami seronok berjimba atasnya. hahaha
Waktu Dinner.
Apih with AT1101D's Angels
Hasil tanaman! Yuhuuu :)
Seronok sangat kot masa ni -_-''
Cantik kan pic ni? huahuahua.. Tengok sape ambik lah.. *angkat kening*
Last ladang :')
Good bye thenn !!! See yaaa!!~~
Skrg ni aku takde dah kat Jengka. Transit Ke Uitm Jasin. Kalau transit jugak boleh jumpa disana :)
~THANK YOU~