Isnin, 14 November 2016

DPIM: Internship Life at Stesen MARDI Tanjong Karang

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.

Bersyukur ke hadrat Illahi krn diberi peluang utk menulis pengalaman aku semasa latihan industri di blog yg berhabuk ni haha :)

Okaylah. Kat sini aku nak cerita serba sedikit pengalaman aku semasa LI kat Stesen MARDI Tg Karang, Selangor. Utk pengetahuan anda, kami pelajar sem 6 DPIM kena LI sepanjang sem, dlm 3bulan setengah mcm tu ataupun dlm 14 minggu. mmg ada dlm syllabus pelajaran kami. jadi aku tanpa berfikir jauh maka aku pun apply nak LI kat MARDI ni je. Senang. Dekat dgn rumah. dah jimat kos aku kat situ haha. 

Lupa aku nak cerita yang bukan aku sorg je yg LI kat situ, ada lg 3 kwn batchmates aku yg apply tmpt yg sama. Nama diorg Cheeta, Kyra dan Ayu. Diorg duduk tak jauh la, dlm area Kuala Selangor je.  So selama 14minggu tu aku ada geng jugaklah hahaha. Btw ada lg sorg student UTHM, nama dia Mira. tp dia LI 10minggu je, dia masuk masa kami dah 3 minggu kat sana. 

Pakai spec tudung purple cair tu Cheeta
pakai spec tudung kelabu tu Kyra
yg berdiri tu Mira
tak pakai spec tu Ayu
and obviously depan sekali tu aku haha

Masa 14minggu aku kat sini, mcm2 perkara yg aku belajar. Yg paling penting sekali ofcourse belajar pasal major crops of Malaysia : Paddy. Dari segi pemilihan benih sampai la menuai aku belajar semua. Kiranya apa yg aku belajar kat dlm kelas amali tu, semua aku applied kat sini. Alhamdulillah, aku rasa LI kat sini bukanlah satu perkara yg menyesalkan.Adalah menyesal sikit sbb main panas banyak sgt. Hitam, sunburned muka aku hahaha. Selain tu, aku belajar juga pasal deparment2 lain yg ada kat MARDI ni. Contohnya dari bahagian Admin, Management, Landscaping, Research Centre, Promotion and Business Development (AZAM Tani) dan lain-lain. Dan paling penting sekali apa yg aku belajar kat sini, semangat setia kawan dlm kerja berpasukan dan berhati-hati dlm percaya seseorg tu haha joking :)))

Haaa meh sini aku nak cerita by pictures je. Penat nak karang ayat pnjg2 berperenggan ni haha


Masa awal LI, kami diberi tugasan oleh Pengurus Stesen, Hj Hassan utk buat observations pasal Paddy Growth. So, kami pun tanamlah dua varieties of paddy dlm truf yg berlainan. every week kena ambil data padi2 tersebut.

Aktiviti merendam benih padi selama 48jam. Tapis masuk dlm guni.
Lepastu biarkan sehari, utk tapis air keluar dari guni pulak. Lepastu baru semai atas tray.


Haa yg ni bentangan benih padi sebelum pindah atas bendang. Kena bagi benih padi tu tumbuh atas tray percambahan, tunggu dlm 17-19 hari. Gambar ni paparazzi En. Fazli yg ambik. Ciss


Susun-susun tray tersebut hihi


Selepas 19 hari mcm tu la, gulung benih2 tersebut jadi mcm London Choco Roll tapi perisa Pandan. Boleh ke? Haha Joking. Gulung mcm ni sbb taknak bagi padi2 tu rosak kalau ditindih atasnya.



Gulungan padi2 tu semua ankut naik atas tractor. Masa ni kami berlima kena gulung, angkat, masukkan padi atas tractor (adalah staff lain yg tolong) Yeahh kuasa wanitaaa



Selain itu, kami pun sempat merasa dan berpeluang utk menyulam padi di dlm sawah.
Fuhh memang best la sebab main lumpur. Aku ni nama je duduk sawah tapi jejak kaki dlm sawah pun tak pernah haha

Haa tertunduk-tunduk la masa buat kerja tu, patah pinggang wei


Haaa tu nampak tak kami berselut2, habis seluar baju semua. 
Nasib baik rumah dekat, balik tukar baju lain je haha.


Anak Jasin beraya haha. Masa ni MARDI ada buat sambutan Hari Raya.
Ada chance la kami nak melawa skjp pakai baju kurung. Selama ni pakai seluar baju compang camping je haha


Bergambar dengan staff MARDI yg lain.


Actually masa ni nak kemas props blkg tu, tp kami sempat lagi berposing kat situ. 
Yg pakai tudung biru tu Kak Husna staff MARDI tau, works under Promotion n Business. Bukan student haha

Selain tu, ada banyak lagi activity lain yg kami buat. jadi, aku sertakan sedikit jela kat sini. Kang nak baca pnjg2 malas pulakkan haha :

Masa ni aku dgn Cheeta ikut deparment PB, 
lawat usahawan AZAM Tani disekitar Selangor.


Kami juga diberi tugasan utk menanam benih kelapa variety SGG oleh SV kami


Ni aktivity last kami masa LI, cat dan perbaiki alat pameran yg ada dalam gallery.


Tak lupa juga masa under Landscape Department, kena ikut En.Mahmud
buat landscaping area dlm stesen. Siap naik bajak beb. Kau hadoo hahahaha.


Masa ni keluar lunch, makan kat Warung Ibu Nasi Ambeng. MashaaAllah muka aku, pls abaikan hahaha. Yg pakai tudung kuning tu la mak kami kat sana, kami panggil dia Mak Tam.
And the only man in this picture tu la SV kami. En. Azrie Dollah haha


Hahaha actually gambar ni masa kami balik dari minum pagi, kan geng 5 org.
Dua org je bawak motor. Nak naik motor aku, dah tak muat.
So, Mira naik triple dengan Ayu n Kyra jela haha


Maka, selesai 14 minggu LI kat situ, hari terakhir kami disambut dengan bermandi tepung
oleh staff MARDI yg ada. Hahaha posing hispter katanya


Baling jangan tak balinggg


haaa En. Mahmud duduk tengah mmg kena aim lah jawabnyaa

(Terima kasih kpd semua staff Stesen MARDI Tg Karang di atas jasa
 baik kalian selama perkenalan 14 minggu ni.)

Habis je 14 minggu tu, sebelum dtg balik ke Jasin nak buat presentation LI tu, kami adalah sempat rehat seminggu. Sbb cuti Raya Haji masatu. So prepared apa yg patut, siapkan report dan poster. Aku buat awal2 semua tu sebab dlm cuti seminggu tu aku ada plan nak shortvacay dgn member university aku ehemm haha :)


Presentation Latihan Industri

So, lepas habis je cuti seminggu tu, kami pun bergerak ke Jasin. Siap sedia utk presentation. oh lupa nak inform, start dari batch kami, presentation kami bukan lagi dalam bentuk slides, tapi dalam bentuk poster. Pada mulanya aku rasa mcm benda ni mcm menyusahkan. Tapi bila dah present tu aku nampak yang present dlm bentuk poster ni lagu bagus la. sebab kita fokus kat activity yang kita buat kan masa LI. Plus, masa yg diambil utk present pun tak lama, So, aku rasa cara poster ni lagi senanglah dan kalau boleh diprakktikkan kpd junior2 kami, menyenangkan kerja student.

Kat sini aku nak kepilkn bbrp gmbr masa presentation LI, yg berlansung di RBPKJM aras 3 Library UiTM Jasin.

Ni gambar masa hari pertama present. Aku hari kedua, esoknya.


Duduk atas lantai je. Penat berdiri. Kena dtg jugak even present besok.
Support member bhai haha


Selfie dengan geng2 yg present harini, 


Posing kemain aku nii. Takkan tak hitam aku kat situ haha


Akhirnya ini yg berlaku. Gambar goyang. 
Gelak sakan pasal apa tah hahaha


Haa ni masa hari kedua. Nasib baik ada yg sudi tangkapkan gambar 
walaupun candid je masa aku present.


Contoh poster aku


masa ni Awin maybe stress sbb nak present jap lagi haha


Masa sem 1 ada bergambar dgn Mdm Farahida, dah last sem pun ada
 jugak bergmbr dengan madam hihi


Sempat juga ada yg inter-framed kat blkg tuuu


Cuba cari, ada tak aku? hahaha


dapat gether 16 org je dari 18 org ahli kelas D


Mungkin gambar terakhir bagi kelas kami.
I love AT110 6D so much


Maka berakhirlah memori 3 tahun sepanjang aku bergelar pelajar DPIM. Segala pahit manis kami dah tempuhi bersama. Gaduh teruk lepastu baik balik. Marah kemain, lepas tu dah reda balik. Bakal rindu muka-muka ini lepas ni. Muka-muka yg banyak membantu aku sepanjang 3 tahun. Babe, 3 tahun bukan skjp weii. Siapa kata pejam celik je dah habis. Hahaha 

Terima kasih buat :
Mustaqim, Azeem, Amirul, Edi, Akif, Ikram, Faizuin, Faiz, Amier, Din,
Amy, Atiey, Azyan, Ckin, Cheeta, Chen dan Wawa
di atas pertolongan korg selama 3 tahun ni. 
Allah SWT shj yg dpt membalas jasa baik kalian. 

Amin.

Semoga kita bersua kembali. Adios.












Selasa, 10 Mei 2016

Majlis Pra Graduasi Gen5310 AT110 UiTM Jasin

Assalamualaikum,
Hai guys, thanks sbb sudi baca blog aku yg tak seberapa ni. Okaylah, kali ni aku nak kongsi cerita dan gambar apa yg berlaku di sekitar Majlis Pra Graduasi Diploma AT110 & Degree AT220. Tapi kali ni nak fokus dgn batch kami je, my beloved Gen5310.

Kami dpt tahu kena pergi MPG ni pun last minutes, semua busy nak siapkan fyp masing2, tp alhamdulillah hampir semua pergi majlis last kami ni. Terharu sgt even penat jugaklah nak uruskan pasal pengangkutan dan bayaran. Berbaloi.

MPG ni ada tema tau. East meet west. Girls pakai baju tema east (ketimuran negara kita), utk lelaki pakai western style (mcm kemeja, blazer tu semualah). Majlis ni dibuat pd waktu siang. Hampeh betul. Ingat nak buat dinner ke apa ke haha tp tak terasa sgt pun sbb bila dah duduk dlm dewan hotel tu dah tak nampak keadaan luar macam mana. Oke jugaklah buat siang, malam kami boleh siapkan assignments. hihihi

Kami bertolak ke Ramada Plaza, Melaka jam 1 petang. Ingatkan plaza mcm One Plaza tu ke, hotel rupanya haha. Nice la tmptnya. Agak mewah. Dan aku agak terkejut sbb kami byr RM10 je utk mknn dan pengangkutan. Sampai je hotel, terus naik 7th floor sbb hall tu kat situ. Sampai2 je kena daftar utk kehadiran dan nombor meja. Dpt no meja 33 tak silap. Satu meja 10 org students, 1 org lecturer. Tp takde pun masa majlis, kami bedal mkn bahagian dia hahaha

Dlm pukul 3 tak silap majlis bermula, lama kan.. Sbb tunggu VIP sampai. kami dah lapaq dah kebuluq tak makan dr pagi hahaha. Masa makan tu diselingkan dgn persembahan pelajar dan pemyampaian anugerah pelajar dan penyarah. SM kami pun buat persembahan nyanyi haritu. Mmg dpr sokongan penuh lah persembahan dia hahahaha ohh kenangan..

Disini aku nak kepilkan bbrp gmbr yg elok utk dipamerkan haha sbb bnyk gmbr candid dan merepek2 budak2 ni hasilkan :D



Heavy makeup for the first time, masa first dinner dulu
pakai simple je sbb jd waiter en. hahahaa



Selfie dulu depan rumah haha.
Masa nak pergi muka lawa, masa nak balik muka barai



Antara menu juadah yg disediakan masa MPG kitorg. 
Sedap weii hahaha



Geng-geng meja 33
Rasanya masa majlis meja ni je paling bising.



Selfie sikit, asal diorg2 tu tak tgok cam hmm



Geng sekelas yg lain, tp meja lain.



Candid
air atas meja tu sampai makan dah kena refilled je haha



Selfie lagi



Bwk lari tuan punya phone ngan yicam selfie tmpt lain haha



lagi-lagi selfie



Mula2 ajak nas je nak selfie berdua, last2 jadi dua puluh org.
nasiblah nas hahahahaha



Diorg naik rooftop selfie kat atas, aku takde. sampai hati.
tp pic ni lawa en? mcm cover drama.



Jadi aku balas dendam >:D



Photoshoot abg2 hensem kat rooftop



Kes nak letak gmbr group dlm assignment katanya. Katanya..



Abaikan aku, tengok lobby hotel tu.
Lawa weii hahaha



M3 AT110 5D's selfie on the stage !



Thanks guys, even majlis MPG ni skjp je. tak sampai stgh hari pun. Tapi kenangan yg ada kat majlis ni takkan aku lupa sampai bila-bila. moga kita dapat berjumpa masa degree nanti. Amin. InshaaAllah. Love you guys, really meant it. <3

*ingat nak attach video azam nyanyi, tp size besar sgt. Takpe aku try upload masuk youtube*

Terima Kasih.







Bukit Botak : Hiking Lepas PKP 2.0

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum w.b.t.. Bertemu lagi kita ya.. Ingatkan nak sambung tulis lagi 3 tahun hahahaha :) Jadi harini, a...