Selasa, 10 Mei 2016

Majlis Pra Graduasi Gen5310 AT110 UiTM Jasin

Assalamualaikum,
Hai guys, thanks sbb sudi baca blog aku yg tak seberapa ni. Okaylah, kali ni aku nak kongsi cerita dan gambar apa yg berlaku di sekitar Majlis Pra Graduasi Diploma AT110 & Degree AT220. Tapi kali ni nak fokus dgn batch kami je, my beloved Gen5310.

Kami dpt tahu kena pergi MPG ni pun last minutes, semua busy nak siapkan fyp masing2, tp alhamdulillah hampir semua pergi majlis last kami ni. Terharu sgt even penat jugaklah nak uruskan pasal pengangkutan dan bayaran. Berbaloi.

MPG ni ada tema tau. East meet west. Girls pakai baju tema east (ketimuran negara kita), utk lelaki pakai western style (mcm kemeja, blazer tu semualah). Majlis ni dibuat pd waktu siang. Hampeh betul. Ingat nak buat dinner ke apa ke haha tp tak terasa sgt pun sbb bila dah duduk dlm dewan hotel tu dah tak nampak keadaan luar macam mana. Oke jugaklah buat siang, malam kami boleh siapkan assignments. hihihi

Kami bertolak ke Ramada Plaza, Melaka jam 1 petang. Ingatkan plaza mcm One Plaza tu ke, hotel rupanya haha. Nice la tmptnya. Agak mewah. Dan aku agak terkejut sbb kami byr RM10 je utk mknn dan pengangkutan. Sampai je hotel, terus naik 7th floor sbb hall tu kat situ. Sampai2 je kena daftar utk kehadiran dan nombor meja. Dpt no meja 33 tak silap. Satu meja 10 org students, 1 org lecturer. Tp takde pun masa majlis, kami bedal mkn bahagian dia hahaha

Dlm pukul 3 tak silap majlis bermula, lama kan.. Sbb tunggu VIP sampai. kami dah lapaq dah kebuluq tak makan dr pagi hahaha. Masa makan tu diselingkan dgn persembahan pelajar dan pemyampaian anugerah pelajar dan penyarah. SM kami pun buat persembahan nyanyi haritu. Mmg dpr sokongan penuh lah persembahan dia hahahaha ohh kenangan..

Disini aku nak kepilkan bbrp gmbr yg elok utk dipamerkan haha sbb bnyk gmbr candid dan merepek2 budak2 ni hasilkan :D



Heavy makeup for the first time, masa first dinner dulu
pakai simple je sbb jd waiter en. hahahaa



Selfie dulu depan rumah haha.
Masa nak pergi muka lawa, masa nak balik muka barai



Antara menu juadah yg disediakan masa MPG kitorg. 
Sedap weii hahaha



Geng-geng meja 33
Rasanya masa majlis meja ni je paling bising.



Selfie sikit, asal diorg2 tu tak tgok cam hmm



Geng sekelas yg lain, tp meja lain.



Candid
air atas meja tu sampai makan dah kena refilled je haha



Selfie lagi



Bwk lari tuan punya phone ngan yicam selfie tmpt lain haha



lagi-lagi selfie



Mula2 ajak nas je nak selfie berdua, last2 jadi dua puluh org.
nasiblah nas hahahahaha



Diorg naik rooftop selfie kat atas, aku takde. sampai hati.
tp pic ni lawa en? mcm cover drama.



Jadi aku balas dendam >:D



Photoshoot abg2 hensem kat rooftop



Kes nak letak gmbr group dlm assignment katanya. Katanya..



Abaikan aku, tengok lobby hotel tu.
Lawa weii hahaha



M3 AT110 5D's selfie on the stage !



Thanks guys, even majlis MPG ni skjp je. tak sampai stgh hari pun. Tapi kenangan yg ada kat majlis ni takkan aku lupa sampai bila-bila. moga kita dapat berjumpa masa degree nanti. Amin. InshaaAllah. Love you guys, really meant it. <3

*ingat nak attach video azam nyanyi, tp size besar sgt. Takpe aku try upload masuk youtube*

Terima Kasih.







BUDDYZ SHORT VACAY : Melaka Wonderland & A Famosa Premium Outlet (MPO)

Assalamualaikum, 
Terima kasih kepada para pembaca kerana sudi membaca blog aku yg bercampur baur ni. hahahaha! Okey, kali ni aku nak cerita ttg short vacay kami, di Melaka Wonderland dan A Famosa Premium Outlet (MPO). Vacay kali ni sgtlah pendek disebabkan kekangan masa. Yelah, kami semua dah sem 5, terikat dgn final year projek yg berlambak haha tp sempat jugaklah curi-curi masa luangkan masa demi kawan kami yg sorg tu, sanggup dtg uitm jasin semata nak hangout dgn kami. jauh dia merantau dari kuala terengganu. huhuhu. Oke, ni nak cerita pasal short vacay kami.

Melaka Wonderland Theme Park & Resort

Perjalanan kami dari Uitm Jasin ke tempat ni mengambil masa dalam kurang 1 jam. Melaka en, heavy traffic. Banyak traffic light hahaha Sebab gerak pagi kan, so lapar dia kemain.Kami singgah makan skjp di medan selera Ayer Keroh, sebelah Petronas tak silap. Oh lupa nak bgthu, kami lalu dalam masa ni, mcm berpusing-pusing sikit. Tapi kalau direct dr KL atau JB, korang exit Tol Ayer keroh tu je. Hehehe

Exit Tol Ayer Keroh, terus je then akan nampak signboard Melaka Wonderland
sebelah kanan, tmpt ni kedalam sikit. Bukan tepi jalan.

maaflah sbb tak banyka ambil gmbr, sbb phones camera semua simpan dlm loker, habis mandi pun kami tak jalan sekitar, so gmbr terhad. korang boleh google utk tgok gmbr sekitar hehe


Ni kami selfie depan pintu utama Melaka Wonderland.
Panas terik, tu muka mcm berkerut sikit tu.



Ni harga tiket kalau nak masuk 
Masa ni aku pergi dpt kupon, Buy 1 ticket adult, free 1 adult.
Maksudnya mas aku pergi ni just beli utk 2 Adult je hihi



selfie sambil nak tunggu beli tiket



Rabak tudung, muka, semualah. 
Boleh nmpk ada water park utk kanak2 kat blkg tu,
ada bnyk entertainment lain kat tepi2 kolam.



yg blkg kami tu kolam besar, ada artificial waves, 
mcm kat pantai la konon2 hehe



besar kan kolam kat blkg kami tu?


A Famosa Premium Outlet (MPO)

Habis je mandi kami pun terus tukar baju, then terus pergi MPO. lalu highway je senang. Keluar Tol Ayer Keroh, ambil ke KL, then Exit Tol Simpang Empat/ Alor Gajah. then belok kiri, terus je sampai nampak signboard A Famosa Resort. MPO ni tak jauh dr A Fomas Resort. Kalau korg Waze atau google map tmpt ni pun dah boleh sampai dah. Melaka ni satu je senang dia, ikut signboard,  InShaaAllah sampailah kat tmpt tu.

Tmpt ni dia mcm factory outlet, mcm Mitsui kat area KLIA, Johore Premium Outlet lah senang cerita. Rekaan bangunan mcm western sikit, acah luar negara kalau sampai sini. Acah lah hahaha. Bnyk kedai2 branded ada kat sini, Ramai gila org, Syurga org2 yg gila shopping haha. Masa ni kami tak shopping sgt, adalah dua org tu beli kasut baju lah. Aku dgn Araa just tgok2 kawasan, ambil gmbr, selfie2. Tu pun tak banyak sbb hujan. Nasib laa hahahahaha

Kami sertakan sikit gmbr yg sempat kami ambil kat MPO.


sekitar kawasan. ada globe besar masa ni, nak christmas kan. hehe



ada kolam air kat tgh2, dgn rumah angin mcm kat Belanda tu, 



dalam Cotton On



kawan tgh2 MPO





Actually, pic yg ni masa first time aku pergi MPO, yg berempat tu kali kedua hehe



ramai org masa ni tp cemana tah boleh takde org,
apa lagi, amik gambar lerrr


Okay, setakat ni je la perkongsian cerita ttg short vacay kami. even gmbr tu ada yg bercampur baur sikit. Dan ada jugak gmbr yg aku ambil dr internet. Btw, even pendek gila 'short vacay' kami yg kali ni, itu pun bersepah dah kenangan memori yg tercipta, cewah ayat. hahaha okay. 

sekian terima kasih



Bukit Botak : Hiking Lepas PKP 2.0

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum w.b.t.. Bertemu lagi kita ya.. Ingatkan nak sambung tulis lagi 3 tahun hahahaha :) Jadi harini, a...