Khamis, 20 November 2014

UiTM JASIN and DPIM - Life Hack. How to live and survive.

Assalamualaikum w.r.t

Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana ada kesempatan lagi aku nak update blog ni. setelah berbulan lamanya. Hahaha! Sebenarnya bukan takde masa, terlebih masa dan malas nak usha blog ni. Tapi apakan daya apabila mendapat sambutan. Maka aku gagahkan juga. Hahahaha

Okay. Cukup dah merepek tu. Back to our main point.

UiTM KAMPUS JASIN MELAKA
kampus baru yang ditubuhkan khas utk semua pelajar DPIM. What is DPIM?
DPIM stand for Diploma Planting Industry Management. Atau Diploma Pengurusan Ladang.

Kampus ini ditubuhkan khas untuk student DPIM dan ada segelintir student Computer Science disini. Nevermind, student CS pun pindah lagi nanti ke UiTM Tapah, Perak. Their main campus there.

Okay. UiTM KJM ni menempatkan student dari UiTM Jengka dan UiTM Kuala Pilah. Maka populasi student DPIM kat sini agak ramai. Dan agak tak teratur sbb masalah 'berpuak' yang dihadapi. Okay, yang ni korang kena tanya senior korang apa yang dah berlaku. Kalau cerita kat sini boleh buat gaduh plus nama aku naik HEP kena tindakan tata tertib kang. Hahaha!

Fasiliti
Memandangkan ni kampus baru, maka fasilities kat sini agak kekurangan dan tidak memuaskan. Banyak lagi yang tak lengkap. Ada yang lengkap pun tak memuaskan hati. Alhamdulillah, kelas okay, even majority kelas semua dlm lab, tahan jelah duduk atas kerusi lab 2 jam. Air-conditioner pun okay. Wi-Fi ada tempat dia laju. Cafeteria yang memuaskan. tapi ikutkan hati aku ada je benda tak kena. Pendek kata terima jelah yer kalau dpt UITM KJM ni. Redha~

Kolej
Aku ni student DPIM part3 *baru nak masuk part3 bulan 12/2014 ni*
So, batch pertama lah jugak jejak kaki kat kampus baru ni. Merasalah, kena cabut plastik kat katil, kat kerusi, kat loker. Hahaha. Btw nak cerita pasal kolej. Alhamdulillah kolej best dan selesa. Sebab dia konsep rumah. Satu rumah ada 3 bilik, satu bilik 2 org. Bilik air setiap rumah. Kira kolej dia tip top best! Yang tak best dia kalau dpt tingkat tinggi-tinggi mcm tingkat 4 takpun tingkat 5. Bercinta naik tangga. Boleh kurus. Serious. Sbb aku dulu tingkat 4. Aku nampak hasil dia. Hahaha! So, Bangunan kolej kat sini ada 5 blok, 2 blok siswa, 3 blok siswi. Tun Sri Lanang utk Siswa, Tun Gemala utk Siswi. Tak canggihnya nama. Hahaha. Whatever.

Ladang
Okay, apa lagi yang nak dibincangkan? Oh, ladang! Share Farm UiTM Jasin.
Dulu masa awal masuk, nak pergi ladang bapaklah jauh dia. kena jalan kaki sejauh 3.5km kau tahu? Dahlah mula masuk ladang tu masa bulan puasa. Terpaksa gadai puasa sehari sbb penat sangat. Hmm :( Tapi atas usaha Dekan Fakulti dan Rektor UiTM Jasin, akhirnya pagar ladang dibuka. Tak sampai 5 minit jalan kaki dari kolej dah sampai ladang. Masuk ladang kena tempuh batas-batas part1 dulu baru boleh jejak tapak landskap part2. Then ladang sawit part3.

Kampus
Setakat aku duduk kat kampus ni, dah puas aku round, ronda2 kampus ni. dari main gate kampus sampai ke tasik sampai la ke ladang. Bukan besar mana pun UiTM Jasin ni. Bolehlah kalau nak buat jogging 2 round. Hahaha. Seriously.Kampus ni kan kampus baru, jadi agak panas sebab pokok baru nak hidup, nak membesar, plus ada yg tak nak hidup lansung. Haha! Dalam kampus setakat ni alhamdulillah semua ada. Cukup makan. Groceries dan Stationary pun bnyk. So takde masalah kata takde benda nak makan dan tak sempat nak siapkan assignment diberi, okay?

Disini aku nak share sikit gmbr yang ada. Sekitar UiTM Jasin. Maaf gambar tak banyak sbb tak fokus pun kat kampus ni. bnyk gmbar selfie. Hahaha! Okay, enjoy.


Perpustakaan UiTM Jasin


Pandangan dari Tingkat 3
Blok Fakulti FPA
*gersang je kan?*


Court basketball,
(besar lagi sbnrnya, takde gambar)
*yang warna ungu tu surau kampus*


Bergambar di depan jalan utama nak ke tapak landskap kami.


Tapak semaian atau batas utk student part1.


Hasil landskap.


Hasil landskap.


Ni masa photoshoot utk gmbar kelas. 
*yg belakang tu blok fakulti*


Pandang mana tu??


Bye-bye part2, Hello part3!


Setakat ni je yang mampu aku share. Takde banyak gambar utk kawasan sekeliling. Apa-apa hal, selamat bergembira dan selamat berjaya. :) Kalau ingat muka ni jumpa kat kampus tegur2 jelah. Aku muka je sombong, tapi okay. Hihihi..



~Sekian, Terima Kasih~



Bukit Botak : Hiking Lepas PKP 2.0

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum w.b.t.. Bertemu lagi kita ya.. Ingatkan nak sambung tulis lagi 3 tahun hahahaha :) Jadi harini, a...