Selasa, 23 Disember 2014

HUJUNG MINGGU DI AIR TERJUN GUNUNG LEDANG

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.r.t
Terima kasih kepada para pembaca yg sudi baca blog sy ni, tak kira bermanfaat ke tak. Hahaha
Oke, post sy kali ni nak cerita tentangggg.... jeng3. Air Terjun Gunung Ledang! Yes! Gunung Ledang. Tempat ni memang a.w.e.s.o.m.e. Kalau boleh rate nak bagi 4 bintang.

Baiklah. Mana nak mula ni? Sbnrnya plan nak pergi Ledang ni benarnya tak disengajakan. Mula2 saja je. Borak2 dgn member semeja kat kafe tiba2 kwn aku sorg ni terbaca satu artikel dlm mana tah. Yg Gunung Ledang tak jauh dr tempat kami belajar. Of course our beloved UiTM Jasin, Melaka, *tgn dibahu, mata keatas* Hahaha! Joking.

Jadi, rancang punya rancang alhamdulillah, plan ke Ledang menjadi. Betul ckp org, biasanya rancang last minute ni kadang menjadi. Jyeah! So kami settle kereta sewa semua. Oh yer, kami pergi naik kereta sewa je. Maklumlah student Diploma tak dibenarkan bawa kereta. Aku ada gak kenalan yg buat kereta sewa kat Seri Mendapat tu. So cam senang, kamcing pun. Kereta dpt on the spot. HArga mmg dahsyat murah. Dua buah kereta lagi. Hahaha! So satu kereta Myvi satu lagi Saga FLX. Maka dengan kereta dua bijik ni memuatkan seramai 11 org didalamnya... Al-kisah..

Perjalanan
Perjalanan dari Kampus ke Air Terjun ni tak lama pun, dlm 45-50 minit dah sampai pun. Kami gerak dari Kampus dlm jam 9.45pg sampai dlm jam 11pg, kot. Oh yer, Ledang ni dekat dgn pekan Tangkak, paling tepat ia terletak di Sagil. Lupa nak bgtahu, Ledang ni dah masuk Johor. Huahuahua. Jauh merantau. Kami tak guna lebuh raya pun, according a friend of mine, she lived at Segamat. Kalau guna highway, jauh. So kami guna jalan kampung, paling tepat jalan dalam, Kami dari Jasin (tak sampai lagi pun Pekan Jasin) masuk jalan yg dicadangkan. Dan alhamdulillah sampai. Tu pun cam sesat sikit sebab guna Waze. Ikut sangat. Hehehe :) Lepastu korg terus je ikut signboard Gunung Ledang. Terus dan sampai kat Gate Gunung Ledang Resort. Air terjun ni ada resort. Sebelum tu kau kena bayar bayaran masuk. Seorang RM1, Kereta RM2. Kira sendiri.

Air Terjun
Sampai je sana, aku park kereta, terus keluar dan melompat-lompat. Sebab aku excited sangat. Akhirnya impian jadi nyata. Wahh!! Aku tengok keadaan sekeliling tak berapa ramai orang, aku pergi Ahad. Oke, macam pelik. Jadi kami yg seramai 11 org ni pergilah beli apa yg patut. Makanan ke, air ke, Yg perempuan pergi tukar baju, yg lelaki mmg dah pakai baju tu je. Apedehal. Hahaha.

Dekat kaki gunung tu ada banyak kedai-kedai makan, gerai jual mknn, gerai cenderahati. Harga jgn cerita, paham sendiri bila kat tmpat pendalaman. Lepas kami dah tukar baju, bermulalah sesi pendakian. Jauh jugak jalan. Tp tak terasa sbb hati gembira sangat. Haa kau. Haha. Nasib baik ada tangga, kalau tak dah jatuh terjelepuk aku kat situ masa mendaki. Tinggi-tinggi bukit dia. Masa jalan tu aku perhati sekeliling, bersih persekitarannya. Jalan depan sikit ada tong sampah, jalan lagi nampak wakaf, jalan lagi nampak meja kerusi batu, dan mcm tu sepanjang jalan. Kira tempat ni mcm terjaga jugaklah. Bagus. Ni yg menaikkan semangat nak dtg sini lagi. Seronok, 

Selepas 10 minit mendaki, akhirnya sampai kat tempat yg kami puas hati nak lepak situ. Landai dan berbatu. Airnya dalam. Oke sesuai kalau nak berendam ramai2 kat sini. Memang cari tempat jauh sikit dari orang. Almaklumlah belia-belia nak mandi takkan nak campur dgn org2 tua dan budak-budak. Tak sedap. Hahaha. Kami letak barang kat satu tempat, senang mata nampak. Lepastu kami rendam-rendam kaki, main air sikit and lastly tolak member sorg ni jatuh dlm air dan bermula lah perang air kat situ. 

Air sejuk, batu tak banyk tp besar-besar, Redup je. Matahari tembus kat dedaun je. Mmg best! Best sangat berendam sampai tak sedar kat situ dah 4 jam. Dalam air tau 4 jam tu. Tak keluar. Yang bestnya kat situ ada air terjun yg kecik2 tu, so mmg tempat kami buat urut badan. Pergh, sedap 'dia' kalah mesin urut Ogawa. Hahaha. Serious! Lega lah rasa, sengal2 hilang. Sambil2 mandi tu kami makan bekal yg dibeli dibawah, lapar semua. Hahaha maklumlah gerak pagi. mana sempat makan. minum je kot paling-paling. Maka bermandi-mandalah kami 5 lelaki dan 6 perempuan disitu. Mmg tak fikir kelas kuliah lansung esok. Lupa terus. Seronok betul. 

Kami malas nak naik atas-atas lagi. Sebab rasa tmpt mandi tu pun dah atas sangat. Maka member kami lelaki dua org rajin mendaki sampai atas, sampai tempat dimana pelancong dah tak dibenarkan masuk. Sebab tu hutan simpan Negeri Johor. Luaskan kuasamu Johor! Tiba-tiba. Diorg jumpa penguatkuasa perhutanan atas tu, borak macam-macam lama gila! Kami kat bawah tunggu dah naik biru muka tunggu. Hehe. Berendam lagi gamaknya. Ingatkan nak balik dah.

Dalam jam 4ptg kami turun, kemas apa patut. Yelah jaga sikit. Tempat 'orang'. Hehehe. Lepastu kami tukar baju kat toilet bawah tu. Agak selesa lah. Bersih pun bersih. Cuma ramai orang. Nah kau. Berjam dalam hutan, bila turun bawah, ramai gila orang. Setiap sudut ada. Memang ramai. Terkejut sbb pergi tak ramai mcm tu. Oh lupa nak ckp, internet aku dlm hutan tu H+ tak pun 3G. Memang laju line atas tu. Dahsyat. 

Lepastu kami terus balik, singgah Mydin Jasin utk beli barang, makan dan terus balik ke Kampus. Penat sungguh. Malam tu aku tido awal. Hehehe.

Oke kat bawah ni nak share sikit gambar-gambar yg sempat diambil, aku kat sana tak care lansung handphone, Bnyk gambar dlm hp member aku. So ini jer yang mampu.. Enjoy!


Ni merupakan tiket bayaran masuk ke Air Terjun Ledang.


Sempat lagi 'selfie' masa nak naik tu. 


Soulmates


Sempat lagi kot!


Eh, sama warna!


I loved this picture!


Thanks to other tourist helped us to snap this pic.


Dari kiri :
Akif, Faiz, Aku, Syikin, Yan, Atiey, Awin, Rara, Azeem, Ijat dan Shima.


Puteri Gunung Ledang


Masa ni Faiz dgn Azeem dah naik sampai atas.


CiptaanNya...


Tak sangka atas lagi tu pun ada jugak orang.


Air Terjun Gunung Ledang.


Beloved <3


Terima Kasih sbb sudi jenguk, sudi baca blog saya. Trimas kerna sudi mampir.

Sebarang pertanyaan boleh tanya saya di :
Facebook : Norliliyana Zainon




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bukit Botak : Hiking Lepas PKP 2.0

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum w.b.t.. Bertemu lagi kita ya.. Ingatkan nak sambung tulis lagi 3 tahun hahahaha :) Jadi harini, a...