Sabtu, 6 Jun 2015

AIR TERJUN KANCHING: AKTIVITI CUTI SEM

Assalamualaikum w.r.t
Lama giler rasa dia tak update post dl blog ni. last updated haritu 23 dec 2014. kapan tu?? Hahahaha Anyway hai semua, sebelum tu aku nak ucap thanks kpd semua yg baca blog ni, even membantu ke tak ke. Terima kasih. Okay, hari ni saja nak update cerita cuti sem3 yg dah nak habis ni pun, baru ada masa nak update. Al-maklumlah kerja kan, Cari duit poket time cuti sem. Para pembaca sekalian, kerjalah masa cuti sem agar boleh bergaya nanti dgn barang baru masa naik sem baru. Hahahaha. Abaikan. 

Tanggal 14 Mei 2015, aku dgn member sekolah aku kira2 4org, perempuan semua, mensadokan hati pergi mandi sungai ketika weekday. Perjalanan dari tmpt kami ke air terjun tu dlm 45minit. Korg naik je Lebuhraya LATAR tu, heading terus ke Rawang, end of the highway, akan nampak kanching tu kat sebelah kiri korg. Zupp! Terus masuk bayar parking dgn entrance semua. Done. 

Sampai2 je, takde org, kitorg2 je. Naiklah mendaki bukit, cerun semua bagai. Semata nak mandi sungai, nasib dekat je. So, dlm 20minit mendaki, sampai kat tempat yg dituju. Alhamdulillah. Kawasan cantik dan bersih, ada tempat nak pasang khemah,nak lepak2 makan pun ada. Oh yer, kitorg ada bwk khemah masa ni, so senang nanti nak simpan barang. hambur je letak dlm khemah. Hehehe...

Banyak cerita kelakar masa kitorg mandi2 kat situ, Jatuh sungai lah, Along taknak basah tudung ah, Jatuh atas batu licin mcm nangka ah, andd... yg paling lawak sekali bila Tupperware Along kena curi dengan monyet. Menangis lah jugak takut ibu marah. Kesian. Tapi mmg lawak ah, sbb monyet tu makan spaghetti yg Along bawak. 

Okay, disini ada disertakan gambar2 yg sempat kitorg ambil, (thanks to Ateh sbb sanggup bg pinjam iPhone dia nak snap2 gambar, camera lawa lah kata kau) 


Air Terjun Kanching : Sesejuk mata memandang. 
Kehijauan yang tumbuh melata, air dingin sampai ketulang. Hahaha!


Som ni snap dari atas, nampaklah kat situ port kitorg, siap berkhemah!


Air terjun dia tinggi-tinggi!


Haa, nampak tak kat situ ada monyet pgg Tupperware atas pokok?
monyet tu lah yg curi bekas makanan Along!


Port kami, Khemah sponsor, bunting buat tikar tu pun sponsor jugak.


Oh lupa, masa ni pun Zarrin ada dtg gak. 
Burukkan aku? ish ish


Alang, Angah, Along, Ateh


Love this ! <3

Besarnya muka dia..


Seronok sangat masa ni.


Thanks to cameraman, Zarrin Belukang.


Oke dah lawa dah, lepas bersihkan diri kami pun sempat selfie.


Balik Kanching, kami singgah Tesco jap, makan. berangan 'membeli-belah'. 
Sempat selfie, Letak phone dirak, pastu guna timer.
 Hahaha

Thanks guys, I love yaaa <3
muah muah





5 ulasan:

  1. Salam.. Nak tumpang tanya ckit.. Yg akak mandi ni dekat level brpe? Port cantik sngt..

    BalasPadam
  2. Salam.. Nak tumpang tanya ckit.. Yg akak mandi ni dekat level brpe? Port cantik sngt..

    BalasPadam
  3. akk tak pasti ni kat level mana, maybe kat tgh2 kot. takpe awak jalan je. nanti jumpa lah

    BalasPadam

Bukit Botak : Hiking Lepas PKP 2.0

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum w.b.t.. Bertemu lagi kita ya.. Ingatkan nak sambung tulis lagi 3 tahun hahahaha :) Jadi harini, a...